VALTTERI Bottas dari Finland memandu jentera Mercedes beliau meraih kemenangan dalam perlumbaan pembukaan musim Grand Prix Formula Satu yang ditangguhkan oleh Covid-19 di Austria semalam.
Pemandu Ferrari, Charles Leclerc berada di tempat kedua dalam perlumbaan penuh aksi, yang bermula setelah 14 daripada 20 pemandu melutut di litar dalam menyatakan anti perkauman mereka.
Lando Norris, dalam McLaren, berjaya merangkul podium pertama beliau dengan menduduki tempat ketiga, di hadapan juara dunia dan rakan senegara Britain, Lewis Hamilton dalam Mercedes kedua.
Hamilton menerima hukuman grid tiga tempat di peringkat awal perlumbaan dan kemudian penalti lima saat semasa perlumbaan.
“Lewis benar-benar pantas hari ini tetapi saya berjaya mengekalkannya. Tidak ada cara yang lebih baik untuk memulakan musim ini,” kata Bottas mengenai perlumbaan yang dilangsungkan tanpa penonton.
Leclerc, salah satu daripada enam pemandu yang memilih untuk tidak berlutut di grid, telah bermula di tempat ketujuh.
“Ini kejutan besar, tapi bagus. Saya rasa kami melakukan semuanya dengan sempurna hari ini – kami bernasib baik sedikit, tetapi ini juga merupakan sebahagian daripada perlumbaan. Itulah tujuannya, untuk mengambil setiap peluang,” katanya.
Norris sangat gembira dengan penamat beliau, bangkit dariapda tempat tempat dalam ujian masa.
“Saya tidak dapat berkata-kata. Ada beberapa titik di mana saya fikir saya akan menjejaskannya sedikit … tetapi saya berjaya memintas Perez dan berakhir di podium!
“Saya sangat gembira dan bangga dengan pasukan.” – AFP