Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Bot tunda, sembilan kru warga Indonesia ditahan di perairan Bintulu
  • JENAYAH

Bot tunda, sembilan kru warga Indonesia ditahan di perairan Bintulu

Utusan Sarawak 3 days ago
DITAHAN…Bot bersama kru ditahan untuk tindakan lanjut. Foto APMM Bintulu

BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Zon Maritim Bintulu menahan bot tunda bersama sembilan kru termasuk nakhoda warga Indonesia selepas gagal mengemukakan dokumen pertukaran nakhoda dalam pemeriksaan yang dijalankan di perairan Bintulu, petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kapten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, bot berkenaan ditahan pada 2.45 petang di kedudukan 3.5 batu nautika barat laut Kuala Kemena ketika rondaan dijalankan di bawah OP TIRIS 3.0 dan OP PERMAI 01/2019.

DITAHAN…Bot bersama kru ditahan untuk tindakan lanjut. Foto APMM Bintulu

“Hasil pemeriksaan mendapati kru termasuk nakhoda berusia antara 24 hingga 47 tahun, manakala bot itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22(2A) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal memaklumkan secara bertulis kepada Pendaftar Kapal berhubung pertukaran nama nakhoda dalam sijil pendaftaran kapal.

“Kesalahan ini memperuntukkan hukuman kompaun sebanyak RM2,500,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bot tunda terbabit bersama kru ditahan sebelum diiring ke Pusat Tahanan Kapal Tunda Zon Maritim Bintulu untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi tindakan lanjut.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan komuniti maritim supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta prosedur keselamatan di laut bagi mengelak insiden tidak diingini.

Sebarang maklumat, aduan atau kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian 999 atau menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu di talian 086-314254 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 untuk maklum balas segera.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Akaun bank disewa kepada ‘scammer’, 10 kes keldai akaun dikenal pasti di Meradong
Next: Kes Zara Qairina: Lelaki 61 tahun ditahan di Semporna, disyaki ugut pakar patologi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.