Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Bot tunda guna kru asing tanpa permit ditahan di Tanjung Selalang
  • JENAYAH

Bot tunda guna kru asing tanpa permit ditahan di Tanjung Selalang

Utusan Sarawak 18 hours ago
PENAHANAN bot tunda bersama lima kru, termasuk seorang nakhoda warga tempatan di Tanjung Selalang ketika rondaan Op Tiris 3.0 dan Op Permai 01/2019. Foto Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

SARIKEI: Bot tunda bersama lima kru, termasuk seorang nakhoda warga tempatan, ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak selepas disyaki melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan Akta Imigresen 1959/63.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairi Abd Aziz, berkata penahanan dilakukan pada 3.20 petang semalam di kedudukan 10 batu nautika barat laut Tanjung Selalang ketika rondaan Op Tiris 3.0 dan Op Permai 01/2019.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot terbabit dikendalikan lima kru berusia antara 21 hingga 30 tahun, termasuk empat warga Myanmar yang tidak memiliki permit sah. 

“Bot itu juga disyaki melakukan kesalahan di bawah MSO 1952 kerana lesen tamat tempoh serta gagal mempamerkan dokumen perkapalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PENAHANAN bot tunda bersama lima kru, termasuk seorang nakhoda warga tempatan di Tanjung Selalang ketika rondaan Op Tiris 3.0 dan Op Permai 01/2019. Foto Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Menurut beliau, selain melanggar MSO 1952, bot berkenaan turut melanggar Akta Imigresen kerana menggajikan kru warga asing tanpa permit.

Bot bersama semua kru telah ditahan dan diiring ke Pusat Tahanan Vesel Maritim Negeri Sarawak sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia menegaskan pihaknya komited memastikan penguatkuasaan undang-undang maritim dipatuhi, sekali gus mengingatkan komuniti maritim supaya tidak berkompromi dengan keselamatan dan peraturan di laut.

Sebarang maklumat atau aduan boleh disalurkan melalui talian kecemasan 999 atau terus ke Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 untuk tindakan segera.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Wang RM330,000 lesap, pesara wanita terjerat sindiket penipuan telefon
Next: Ahli perniagaan rugi RM570,000 akibat skim pelaburan palsu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.