Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Bot tunda ditahan di muara Sungai Kemena, gagal patuhi lesen
  • JENAYAH

Bot tunda ditahan di muara Sungai Kemena, gagal patuhi lesen

Utusan Sarawak 12 hours ago
BOT tunda yang membawa tongkang muatan kayu balak ditahan ketika dalam pelayaran dari Kudat ke Bintulu.

BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu menahan sebuah bot tunda di kedudukan satu batu nautika barat laut muara Sungai Kemena pagi tadi selepas didapati gagal mematuhi syarat lesen.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan rutin di bawah Operasi PERMAI 01/2019 dan Op TIRIS 3.0 telah mengesan dan memeriksa bot tunda berwarna putih yang sedang menarik tongkang bermuatan kayu balak.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, bot tunda itu sedang dalam pelayaran menuju ke perairan Bintulu dari Kudat, Sabah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

TUJUH kru dengan lingkungan usia antara 26 hingga 64 tahun diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan awal mendapati bot tersebut dikendalikan oleh tiga kru termasuk nakhoda warganegara Myanmar, dua kru warga tempatan dan dua kru warganegara India, dengan lingkungan usia antara 26 hingga 64 tahun.

Katanya, bot berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 65F (2), Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana pemilik atau nakhoda mengemukakan maklumat palsu atau tidak tepat seperti yang tertera dalam Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSL).

“Jika disabitkan kesalahan, ia boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,500,” ujarnya.

Bot tunda bersama kru telah diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang serta mengamalkan prosedur keselamatan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.

Sebarang maklumat atau aduan berkaitan kegiatan mencurigakan atau kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian kecemasan 999, Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu di 086-314 254, atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di 082-432544 yang beroperasi 24 jam.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Setiausaha Politik buat laporan polis terhadap hantaran hina Premier Sarawak
Next: Ops conducted on Kuching roads give road users a sense of security

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.