Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Bot pancing ditahan disyaki beroperasi tanpa lesen
  • JENAYAH

Bot pancing ditahan disyaki beroperasi tanpa lesen

Utusan Sarawak 4 weeks ago
DITAHAN… Bot pancing yang dikendalikan oleh seorang tekong bersama dua penumpang tempatan ditahan pihak berkuasa selepas didapati beroperasi tanpa lesen sah di perairan Kuala Miri, semalam.

MIRI: Sebuah bot pancing yang disyaki beroperasi tanpa lesen sah telah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri di perairan Kuala Miri, semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad, berkata bot berkenaan dikesan sekitar 10.10 pagi oleh pasukan peronda Maritim Malaysia ketika melaksanakan Op Permai 01/2019 dan Op Tiris 3.0.

“Vesel itu dikesan pada kedudukan sekitar 8.14 batu nautika barat laut Kuala Miri.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut tidak memiliki lesen sah untuk beroperasi, manakala tekong pula gagal mengemukakan sijil perakuan kompeten untuk mengemudi vesel,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, bot itu dikendalikan oleh seorang tekong bersama dua penumpang tempatan, berusia antara 37 hingga 46 tahun.

“Ketiga-tiga individu berkenaan telah ditahan dan diiring ke Pusat Tahanan Vesel (PVT) Miri bagi siasatan lanjut,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 atas kesalahan beroperasi tanpa lesen serta mengemudi tanpa kelayakan sah.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Samarahan Police nab suspect gas cylinder theft
Next: Sindiket sembunyi rokok, arak haram gagal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.