Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Bot nelayan tempatan ditahan tangkap ikan luar kawasan zon
  • JENAYAH

Bot nelayan tempatan ditahan tangkap ikan luar kawasan zon

Utusan Sarawak 2 years ago

Vesel dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana telah melanggar syarat sah lesen.

BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Bintulu menahan sebuah bot nelayan tempatan kerana disyaki melakukan aktiviti penangkapan ikan di luar zon yang dibenarkan, semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd. Khairol Anuar Saad berkata, bot berkenaan ditahan pada jarak 5.10 batu nautika dari Kuala Balingian sekitar 10.00 pagi.  

Katanya, hasil aduan orang awam, tangkapan dilakukan dengan menggunakan bot samaran bagi mengelak kehadiran anggota dikesan oleh nelayan itu.

Hasil lautan (ikan campur) yang dipercayai baharu ditangkap turut disita.

“Hasil penggeledahan mendapati bot berkenaan dikendalikan oleh seorang tekong dan dua kru, kesemuanya warga tempatan yang ditahan berusia dalam lingkungan 35 hingga 52 tahun.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati syarat dalam buku lesen menetapkan kawasan yang dibenarkan untuk menangkap ikan adalah 12 batu nautika dari pantai,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mohd. Khairol berkata, pihak APMM juga turut menyita hasil laut seperti ikan campur dan ikan baja seberat 100 kilogram yang dipercayai baharu ditangkap, vessel dan peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM500,000.

Tekong dan dua kru bot nelayan terbabit ditahan untuk tindakan selanjutnya.

Tambahnya, kesemua kru beserta bot nelayan ditahan dan diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

“Kru warga asing yang ditahan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959 dan 1963 kerana disyaki memasuki Malaysia secara haram dan salah guna permit kerja seperti yang terdapat di dalam pasport.

Dalam pada itu, pihaknya meminta orang ramai laporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun kemalangan di talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu 086-314 254 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak 082-4325447 beroperasi 24 jam. 

Continue Reading

Previous: Dadah: Peniaga dipenjara seumur hidup, 15 sebatan edar syabu 695.93 gram
Next: Enam warga Filipina dipenjara guna MyKad milik individu lain

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.