Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bot karam: Pencarian mangsa hilang di Nanga Makoh Batang Rajang dimulakan pagi tadi
  • Selatan
  • WILAYAH

Bot karam: Pencarian mangsa hilang di Nanga Makoh Batang Rajang dimulakan pagi tadi

Utusan Sarawak 6 months ago
OPERASI SAR… Pencarian mangsa bot karam di Nanga Makoh Batang Rajang, dimulakan pagi tadi.

KAPIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang mangsa yang hilang dalam insiden bot karam di Nanga Makoh Batang Rajang, dimulakan pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, operasi SAR hari ini  disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Pejabat Daerah, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung.

“Pasukan SAR bergerak ke lokasi kejadian berhampiran (Nanga Makoh) bersama agensi terlibat untuk pencarian mangsa.

“Operasi SAR bermula dari pekan Kapit menghala ke hulu Sungai Batang Rajang hingga ke Nanga Makoh dan ke tapak pembinaan di Nanga Benin dengan kaedah pencarian di permukaan air dalam radius 2 km dari tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian berlaku sekitar 5.00 petang semalam (Selasa), mangsa seorang lelaki berusia 57 tahun bersama isterinya dan seorang pekerja lelaki dalam perjalanan dari Nanga Benin Rumah Belaja menuju ke pekan Kapit menaiki bot (fiber glass).

“Semasa dalam perjalanan itu, bot dinaiki telah terlanggar batu di tengah-tengah sungai yang berhampiran Nanga Makoh Batang Rajang dan menyebabkan bot yang mereka naiki telah karam.

“Isteri (pelapor) dan pekerja mangsa telah berjaya menyelamatkan diri, namun pemandu bot iaitu suami kepada si pelapor tidak dijumpai sehingga sekarang,” katanya.

Katanya, pelapor telah berusaha mencari suaminya namun belum berjaya dijumpai dan percaya suaminya telah lemas.

“Kawasan kejadian terletak di hilir jeram Pelagus yang mempunyai laluan sungai berbatu besar yang tidak kelihatan bawah permukaan air dan keadaan air yang deras dan berbahaya kepada pengangkutan sungai,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 25 projek jalan luar bandar diluluskan di Parlimen Sarikei
Next: Tong gas meletup: Dua beranak cedera parah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.