Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Bot karam: Orang kampung turut bantu operasi cari enam lagi mangsa
  • KEMALANGAN

Bot karam: Orang kampung turut bantu operasi cari enam lagi mangsa

Utusan Sarawak 8 hours ago
TEMU BUAL….Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab (kiri) ditemu bual media di Pantai Belawai, manakala gambar sebelah kanan suasana di Pantai Belawai hari ini, dengan orang ramai serta keluarga mangsa menunggu dengan penuh debaran.

TANJUNG MANIS: Penduduk kampung di Belawai di sini adalah yang pertama berjaya membantu menyelamatkan tujuh orang mangsa bot fiber karam semasa kejadian semalam.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab berkata jumlah mangsa yang terlibat dengan insiden menyayat hati tersebut adalah seramai 17 orang termasuk pemandu bot fiber warga tempatan.

“Mereka terdiri daripada sembilan orang lelaki, empat wanita, tiga kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

“Mereka berlepas dari Pantai Belawai setelah membeli bekalan makanan untuk balik ke tempat kerja mereka.

“Saya difahamkan, 16 orang mangsa adalah warganegara asing dari negara jiran yang bekerja di ladang seberang Kampung Belawai,” katanya ketika ditemui media di Pantai Belawai, sebentar tadi.

Katanya, sehingga kini pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah menemui empat mayat mangsa karam.

“Kini, operasi SAR menumpukan usaha mencari enam mangsa lagi…semuanya lima orang lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki yang masih belum ditemui.

“Pada hari ini, merupakan operasi hari kedua membabitkan semua agensi seperti pihak polis, bomba Tanjung Manis, Pengawal Pantai Sarawak, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tanjung Manis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tanjung Manis, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dan orang kampung.

“Seramai 66 orang menyertai operasi SAR di mana 47 orang adalah orang kampung menggunakan 21 bot…ini menunjukkan bahawa kerjasama semua agensi yang terlibat bersama orang kampung,” katanya.

Beliau mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa.

“Kita juga berasa sangat sedih dengan kejadian ini.

“Ini adalah sesuatu yang menyedihkan…kita serahkan kepada pihak polis menyiasat apa sebenarnya menyebabkan kejadian ini.

“Biar mereka membuat laporan terperinci berkenaan punca kejadian ini…kita tidak nak menuduh kesalahan kepada mana-mana pihak,” katanya.

Setakat berita ditulis, operasi SAR masih dijalankan dan enam orang mangsa belum ditemui.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Pemancing jatuh dari bot di Pulau Lakei ditemui meninggal dunia
Next: Kemaskini: Mayat kanak-kanak tragedi bot karam ditemukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.