Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Bot karam, operasi mencari dan menyelamat dua nelayan diteruskan
  • KEMALANGAN

Bot karam, operasi mencari dan menyelamat dua nelayan diteruskan

Utusan Sarawak 5 months ago

TAKLIMAT... Pihak polis dan Maritim diberikan taklimat sebelum memulakan iperasi Carilamat.

KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak meneruskan Operasi Mencari dan Menyelamat (Ops Carilamat) bagi mengesan dua lagi kru vesel nelayan tempatan (VNT) yang hilang selepas bot mereka dilaporkan karam pada 17 Disember lalu di perairan Pulau Burong, Kuching.  

Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh, memaklumkan bahawa empat daripada enam kru telah berjaya diselamatkan, termasuk Oeun Van, 37, warga Kemboja, yang ditemui oleh nelayan tempatan di Sungai Serpan Laut, Asajaya, pada jam 3.30 pagi hari ini. 

Katanya, mangsa telah dibawa ke Klinik Asajaya untuk rawatan lanjut. 

“Tiga mangsa lain yang telah diselamatkan sebelum ini ialah Khlok Sem, warga Kemboja, serta Adikah dan Irman, kedua-duanya warga Indonesia. 

“Mereka dijumpai oleh sebuah vesel nelayan lain kira-kira 3.5 batu nautika dari Pulau Burong pada 23 Disember dan telah dibawa ke Jeti Kampung Goebilt.  

“Dua kru yang masih belum ditemui dikenal pasti sebagai Chaloem Sonada, warga Thailand, dan Thy Ny, warga Kemboja,”katanya dalam kenyataan. 

Bot tersebut dilaporkan berada pada kedudukan 7.5 batu nautika Timur Laut Tanjung Sipang sebelum mengalami kebocoran di bilik enjinnya. 

Laporan mengenai kehilangan bot diterima pada 23 Disember jam 6.43 petang melalui Pusat Kawalan Operasi Maritim (MRSC) Kuching, yang kemudiannya mengaktifkan Ops Carilamat pada jam 7.10 malam dengan menggerakkan aset bot pengawal 42 ke lokasi kejadian.  

Operasi menyelamat turut melibatkan Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM).  

Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS), Muara Tebas, untuk menyelaraskan operasi.  

Maritim Malaysia meminta agar orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua mangsa yang masih hilang untuk menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak melalui talian 082-432006 atau talian kecemasan 999.  

Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.  

Continue Reading

Previous: Tujuh maut, 33 cedera kemalangan di KM204 PLUS arah utara
Next: Bot Karam: Mangsa kelima ditemui, kini tinggal seorang masih hilang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.