Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Bot karam: Lima mangsa hilang ditemui pagi tadi
  • KEMALANGAN

Bot karam: Lima mangsa hilang ditemui pagi tadi

Utusan Sarawak 7 months ago
DITEMUI… Kesemua mangsa bot karam semasa latihan sempena Regata Sarawak ditemui pagi tadi. 

KUCHING: Kesemua lima mangsa hilang yang terlibat dalam insiden bot regata karam semasa sesi latihan di Sungai Sarawak berhampiran Royal Bay Commercial Centre, Jalan Buruh Bintawa pada Jumaat lalu, telah ditemui pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi(PGO) Bomba Sarawak, kesemua mayat ditemui secara berperingkat antara 6.16 pagi hingga 7.09 pagi.

“Dua mangsa pertama ditemui pada 6.16 pagi, diikuti seorang lagi, 6.40 pagi. Sarawak Coastguard menemui seorang lagi mangsa pada 7.07 pagi, manakala mangsa terakhir ditemui 7.09 pagi dengan bantuan dron,” katanya dalam kenyataan.

Mangsa-mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut dikenali sebagai Mohamad Ikhmal Sama’ail, 34; Majurie Maharuf, 32; Mohd Afiq Isyamudin Asaari, 26; Muhammad Khairul Hisyam Kasturi, 23; dan Mohamad Khairul Bidin, 26.

Dalam satu sidang media di Pusat Kawalan Operasi Bomba (PKOB) bertempat di Royal Bay Commercial Centre, Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, lokasi kesemua mayat ditemui di bahagian baraj (sistem Skim Pengawalan Sungai Sarawak).

Katanya, lokasi semua mangsa ditemui berkedudukan kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi perahu mereka karam.

“Satu daripada mayat mangsa ditemui di tebing manakala empat lagi terapung di tengah sungai,” katanya dalam sidamg media selepas mengesahkan operasi Carilamat ditamatkan selepas semua mayat ditemui.

Farhan Lee juga mengesahkan bahawa kesemua mayat mangsa sudah dibuat pengecaman oleh ahli keluarga masing-masing.

“Dua jenazah disahkan oleh bapa mangsa, dua oleh isteri mangsa dan satu disahkan oleh ibu mangsa.

“Jenazah kini diserahkan kepada Unit Forensik, Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa untuk dibawa pulang,” katanya.

Ketika kejadian kira-kira 3.47 petang Jumaat lalu, mangsa bersama 11 lagi rakan sepasukan menjalani latihan sebagai persediaan untuk menyertai Regata Sarawak pada 1 hingga 3 November ini.

Perahu panjang milik pasukan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) yang mereka naiki, karam selepas gelombang yang dihasilkan oleh kapal nelayan yang datang dari arah bertentangan mengakibatkan air masuk ke dalam perahu sebelum karam.

Oleh Shahrul Qaizat 

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Tiga cedera, kereta rempuh lori tangki minyak sawit
Next: Bot karam: Jenazah mangsa akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.