Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bot karam di Tanjung Sirik, seorang lelaki masih hilang
  • TEMPATAN

Bot karam di Tanjung Sirik, seorang lelaki masih hilang

Utusan Sarawak 7 hours ago

SIAP SEDIA…Pasukan bomba dan polis berada di Pos Kawalan Operasi Bomba (PKOB) Kampung Tekajong. Foto kredit JBPM Zon Sibu

DARO: Seorang lelaki dilaporkan masih hilang manakala rakannya berjaya menyelamatkan diri selepas bot yang mereka naiki karam akibat dipukul ombak kuat di perairan Tanjung Sirik, Pulau Bruit, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Matu Daro, DSP Rahim Mihos, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurut beliau, mangsa yang hilang dikenali sebagai Aldin Rakli, 59 tahun.

“Kejadian berlaku sekitar 9.00 pagi ketika pengadu bersama abang iparnya dalam perjalanan dari Kampung Betanak menuju ke Kuala Matu melalui perairan Tanjung Sirik. Bot mereka dipukul ombak kuat menyebabkan kedua-duanya tercampak ke laut,” jelasnya.

LOKASI…Kejadian bot karam akibat dipukul ombak di perairan Tanjung Sirik. Foto kredit JBPM Zon Sibu

Rahim berkata, pengadu dan abang iparnya cuba berenang ke pantai untuk menyelamatkan diri, namun hanya pengadu berjaya tiba di daratan.

“Abang ipar pengadu didapati hilang dan masih belum dijumpai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie, memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.32 pagi.

“Maklumat awal mendapati sekitar 7.00 pagi, mangsa bersama rakannya bergerak dari Kampung Petanak menuju ke Matu menggunakan bot nelayan.

“Sekitar 9.00 pagi, rakannya menghubungi keluarga memaklumkan bot karam akibat rempuhan ombak. Hanya beliau berjaya berenang ke tebing manakala rakannya (Aldin) tidak sampai ke daratan. Pada masa kejadian, ombak agak kuat,” katanya.

Pasukan bomba dan polis kini giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian.

Continue Reading

Previous: Sekolah rendah Cina di Sarawak dilengkapi kemudahan pintar, murid Tahun Enam jadi fokus
Next: Sambutan Hari OKU Sarawak 2025 tonjolkan semangat inklusif dan kemajuan sosial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.