Bos Spurs harap Son kembali beraksi

Facebook
WhatsApp
Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou meraikan kejayaan pasukannya ketika menentang Bodo/Glimt.

LONDON: Ange Postecoglou berkata dia sekadar “separuh berharap” untuk kapten pasukan, Son Heung-min kembali esok ketika dia sedang merancang untuk pertemuan Tottenham menentang Manchester United pada final Liga Europa.

Pemain antarabangsa Korea Selatan berusia 32 tahun itu terlepas tujuh aksi bersama kelab kerana kecederaan kaki termasuk kedua-dua perlawanan Tottenham menang 5-1 secara agregat berdepan juara Norway, Bodo/Glimt pada separuh akhir Liga Europa.

“Semua pemain melaluinya dengan OK pada malam itu. Separuh berharap kami akan dapat Sonny beberapa minit esok, jadi dia menjadi satu-satunya pemain yang boleh kembali,” kata bos Spurs, Postecoglou hari ini.

“Saya rasa apa yang kami tahu mengenai malam Khamis lalu, bermain di padang tiruan (di Norway) memberikan kesan kepada ramai pemain, mereka keletihan.”

Pertahanan, Cristian Romero, Micky van de Ven dan Destiny Udogie dijangka akan direhatkan berdepan Palace.

Tottenham kini di kedudukan ke-16 Liga Juara-Juara menjelang pertemuan dengan Palace. – AFP

Manchester United benam Sabah 4-0

MANCHESTER, United Kingdom: Manchester United meraih kemenangan 4-0 ketika kembali beraksi dalam Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh tiga

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, seiring dengan penurunan berterusan di Wall Street didorong oleh konflik Amerika Syarikat