Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Borneo Highland Orchard hasilkan lebih 2,300 kg cendawan butang
  • SEMASA

Borneo Highland Orchard hasilkan lebih 2,300 kg cendawan butang

Utusan Sarawak 14 hours ago
MENTERI Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Sri Dr Stephen Rundi Ut melawat fasiliti penanaman cendawan butang Borneo Highland Orchard di ibu pejabat Green Breeder di sini hari ini. Foto Adele Rissa

KUCHING: Borneo Highland Orchard kini mula menghasilkan cendawan butang di fasiliti penanaman miliknya di Sarawak dengan pengeluaran melebihi 2,300 kilogram bagi satu kitaran penanaman selama tiga bulan.

Pengurus Eco Farm Solutions Sdn Bhd, Izzy Ng berkata, operasi penanaman cendawan di fasiliti berkenaan bermula pada Disember tahun lalu.

Menurutnya, kemudahan tersebut merupakan satu-satunya pusat penanaman cendawan yang dibangunkan dan dimiliki oleh Borneo Highland Orchard di negeri ini setakat ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di fasiliti penanaman cendawan Borneo Highland Orchard yang terletak di ibu pejabat Green Breeder di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom yang mengadakan lawatan kerja ke lokasi berkenaan.

Izzy berkata, hasil cendawan yang dikeluarkan pada masa ini dipasarkan secara terhad ke beberapa premis terpilih di Kuching dan Sibu.

Menurutnya, langkah mengehadkan pengedaran dibuat bagi memastikan tahap kesegaran dan kualiti produk sentiasa terpelihara.

“Ketika ini, bekalan dihantar ke beberapa premis seperti Emart, Choice serta kedai khusus yang menjual produk daging babi dengan jumlah sekitar 10 kilogram setiap bulan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa cendawan berkenaan perlu disimpan pada suhu di bawah empat darjah Celsius bagi mengekalkan kesegarannya.

“Jika disimpan dalam keadaan yang sesuai, cendawan tersebut boleh bertahan sehingga tujuh hari,” tambahnya.

Oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Peniaga di pasar stutong terjejas akibat gangguan bekalan air berulang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.