Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Borneo Fashion Week 2025 angkat warisan tekstil, fesyen lestari
  • TEMPATAN

Borneo Fashion Week 2025 angkat warisan tekstil, fesyen lestari

Utusan Sarawak 4 days ago
PENGASAS Borneo Fashion Week (BFW) 2025, Stephanie Alcantara (dua, kanan) bercakap ketika sidang media pada Majlis Pelancaran BFW 2025 edisi keempat yang bertemakan “Fashion With Purpose” baru-baru ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Setelah hampir lima tahun tidak diadakan, Borneo Fashion Week (BFW) 2025 kembali dengan edisi keempat sejak diperkenalkan pada 2017, menampilkan warisan tekstil Borneo dan kelestarian fesyen di pentas antarabangsa.

Bertemakan “Fashion With Purpose”, acara pada 10 dan 11 Oktober depan di Pavilion Damansara Heights di sini, menghimpunkan 22 pereka tempatan serta antarabangsa termasuk dari Singapura, Vietnam dan Brunei.

Pengasasnya Stephanie Alcantara berkata BFW bukan sekadar pentas peragaan, sebaliknya platform memperkasa pereka baharu, memupuk bakat muda dan menghubungkan warisan budaya dengan industri fesyen global.

PENGASAS Borneo Fashion Week (BFW) 2025, Stephanie Alcantara bergambar selepas Majlis Pelancaran BFW 2025 edisi keempat yang bertemakan “Fashion With Purpose” baru-baru ini. Beliau juga Mrs Malaysia Classique Globe 23/24, Naib Juara Miss Malaysia 1990 dan pernah menjadi finalis Dewi Remaja 1989. Foto BERNAMA

Penyandang Mrs Malaysia Classique Globe 23/24 itu berkata pengalaman menetap di Kuching, Sarawak selama lima tahun membuka matanya kepada keunikan fabrik tradisional Borneo yang kurang diketengahkan berbanding batik atau songket.

“Ramai mengenali batik dan songket, tetapi di Borneo terdapat fabrik seperti kerikam dan pua kumbu yang kaya nilai budaya namun jarang diberi perhatian. Itu yang mendorong saya menubuhkan BFW agar pereka rantau ini mempunyai ruang mempersembahkan hasil kerja mereka,” katanya pada pelancaran BFW 2025, baru-baru ini.

Stephanie yang juga Naib Juara Miss Malaysia 1990 berkata pada edisi kali ini, setiap pereka diwajibkan mempersembahkan sekurang-kurangnya satu rekaan berkonsepkan lestari termasuk penggunaan fabrik kitar semula, bahan mesra alam atau material alternatif.

PENGASAS Borneo Fashion Week (BFW) 2025, Stephanie Alcantara (kanan) menyempurnakan gimik pelancaran BFW 2025 edisi keempat yang bertemakan “Fashion With Purpose” baru-baru ini. Foto BERNAMA

“Contohnya, pakaian menggunakan bahan yang boleh dikitar semula atau dihasilkan daripada barangan yang jarang difikirkan sebagai material fesyen. Kita mahu meningkatkan kesedaran bahawa fesyen bukan hanya soal penampilan, tetapi juga berkait dengan cara ia dihasilkan serta kesannya terhadap manusia dan alam sekitar,” katanya.

Beliau  berhasrat menjadikan BFW sebagai pusat fesyen utama rantau Asia dan diiktiraf global selaku hab yang menyatukan budaya, kelestarian dan inovasi.

“Dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, kami berharap BFW disenaraikan dalam kalendar tahunan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya,” katanya.

PENGASAS Borneo Fashion Week (BFW) 2025, Stephanie Alcantara (tengah) bergambar pada Majlis Pelancaran BFW 2025 edisi keempat yang bertemakan “Fashion With Purpose” baru-baru ini. Foto BERNAMA

Sementara itu, pereka tempatan dari Kuching, Sarawak, Nasarudin Latep yang juga pengasas label Nasha Prive bakal mempersembahkan koleksi berinspirasikan Ring Lady Sarawak, tradisi wanita Bidayuh memakai gelang tembaga di lengan dan kaki yang kini hanya dipertahankan oleh tiga orang.

“Tahun ini saya mahu tekankan kesedaran tentang Ring Lady. Tradisi ini semakin dilupakan dan mungkin pupus, jadi saya gunakan pentas fesyen untuk sebarkan mesej bahawa warisan ini wujud dan patut dihargai,” katanya.a

Menurutnya, setiap rekaan beliau digarap dengan pendekatan artisanal berasaskan fabrik yang menekankan keselesaan tanpa mengorbankan nilai estetik, sekali gus menjadikan koleksi itu bukan sekadar avant-garde, tetapi eksperimental dan tetap praktikal.

Nasarudin berkata penyertaannya di BFW 2025 menjadi peluang memperkenalkan identiti budaya Sarawak di pentas lebih besar.

“Saya mahu orang tahu fesyen boleh jadi medium memperjuangkan warisan dan mencipta kesedaran, bukan sekadar peragaan pakaian,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Dari resipi ibu ke destinasi kulinari: Siti Payung ikon kek lapis Miri
Next: Kutipan lebih RM1 bilion sebulan, Sarawak yakin capai sasaran pelancongan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.