Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Boniface Bada dilantik Temenggong Iban Bahagian Miri
  • TEMPATAN

Boniface Bada dilantik Temenggong Iban Bahagian Miri

Utusan Sarawak 1 day ago
TEMENGGONG….Boniface Bada@Bada Enjah dari kawasan Suai secara rasmi dilantik sebagai Temenggong Iban Bahagian Miri yang baharu.

MIRI: Boniface Bada@Bada Enjah dari kawasan Suai secara rasmi dilantik sebagai Temenggong Iban Bahagian Miri yang baharu, menggantikan mantan Temenggong Wilson Atong yang telah bersara.

Pelantikan tersebut berkuat kuasa 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2028 dan disahkan melalui majlis penyerahan Sijil Pelantikan Ketua Masyarakat yang disempurnakan oleh Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom di Kompleks Islam Sarawak semalam.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) memainkan peranan penting sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat.

“Sistem KMKK ialah tulang belakang pentadbiran akar umbi yang penting agar suara rakyat pelbagai suku kaum dapat disalurkan secara teratur dan dihormati.

“Setiap KMKK termasuk Temenggong, Pemanca, Penghulu dan Ketua Kaum bagi memastikan setiap pemegang jawatan dapat melaksanakan tanggungjawab secara profesional, berintegriti dan tidak melangkaui batas fungsi masing-masing.

“Mereka yang tidak menunjukkan prestasi pula wajar letak jawatan,” tegasnya.

Tambahnya, KMKK perlulah sentiasa menjaga imej, mengelakkan rasuah dan menjadi contoh teladan dalam komuniti.

“Bagi pembinaan Pejabat Residen Bahagian Miri yang baharu, beliau akan mengusahakan memandangkan premis sedia ada bersifat sementara dan tidak memenuhi keperluan pentadbiran yang kian berkembang,” jelasnya lagi.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil dan Residen Bahagian Miri, Galong Luang.

Oleh Adum Liu

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kolaborasi JPJ dan ADTEC Miri tingkat kesedaran belia mengenai keselamatan jalan raya
Next: Sokongan padu kerajaan GPS pemangkin utama pembangunan Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.