Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba terus pantau kawasan terjejas banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba terus pantau kawasan terjejas banjir

Utusan Sarawak 2 months ago
PANTAU… Anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan di salah satu kawasan terjejas banjir, pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

SIBU: Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya menjalankan rondaan pemantauan di beberapa kawasan terjejas banjir pagi ini bagi menilai keadaan semasa paras air.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan rondaan yang dijalankan dari 10.40 pagi hingga 11.45 pagi itu melibatkan dua lokasi utama, iaitu Jalan Sibu Jaya Bypass dan Jalan Salim-Stabau serta Jalan Durin dan Jambatan Durin.

“Hasil pemantauan mendapati paras air di Jalan Salim-Stabau masih sekitar dua kaki, menyebabkan laluan itu belum sesuai untuk dilalui kenderaan kecil. Namun, trend air menunjukkan penurunan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, laluan di Jambatan Durin telah pulih sepenuhnya dengan banjir mulai surut dan boleh diakses oleh semua kenderaan.

Tambahnya, secara keseluruhan, kebanyakan jalan yang dipantau menunjukkan tren penurunan paras air.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bubur lambuk, bubur pedas simbol perpaduan kaum
Next: Kolaborasi pelbagai pihak jayakan Program Ihya Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.