Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bomba terus laksanakan sanitasi
  • TEMPATAN

Bomba terus laksanakan sanitasi

Utusan Sarawak 5 years ago

NUR AIN OTSMAN

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak meneruskan operasi sanitasi di beberapa lokasi sekitar Kuching, Lawas, Bintulu, Miri dan Sarikei.

Penolong Pengarah Operasi Negeri, Tiong Ling Hii berkata, setakat jam 5. 00 petang semalam, pihaknya telah menjalankan sebanyak 209 kerja sanitasi yang bermula sejak 30 Mac lalu.

“Untuk kawasan Kuching, operasi dilaksanakan di SIB Kuching Jalan Laksamana Cheng Ho, St Peter Church Jalan Central Timur, Pullman (sanitasi bas), Kompleks RTM dan Pusat Maklumat Islam Sarawak (SIIC).

“Manakala, di Lawas pula (Surau Kampung Belimbing dan Surau Kampung Serdang), Bintulu (ABF Housing), Miri (Pelabuhan Miri Kuala Baram, Gan En Methodist Church dan Tadika Methodist Riam ) serta Sarikei (Perpustakaan Awam Jakar),”katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tambahnya, antara premis yang disanitasi ialah 41 pasar awam, 26 tempat perhimpunan, 42 tempat ibadat, 54 di bangunan kerajaan, 19 kenderaan pengangkutan, 14 kawasan perumahan, sembilan di pasar raya dan  empat hotel.

Sementara itu, jumlah operasi yang telah dijalankan mengikut daerah ialah sebanyak 77 di Kuching, Miri (55), Sarikei (17), Kota Samarahan (11), Limbang (17), Sibu (3), Betong (5), Bintulu (13), Sri Aman (10) dan Serian (1).

Continue Reading

Previous: 142 ditangkap di seluruh Sarawak
Next: Tiga ekor burung hantu berjaya diselamatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.