

SARIKEI: Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menangani kejadian tumpahan minyak di Jalan Bangunan Kerajaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Vincent Baling berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.24 petang semalam.
“Respons dengan panggilan kecemasan, komader operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Redzuan Hussain bersama empat anggota bomba bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, didapati terdapat tumpahan minyak seperti yang dilaporkan,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, anggota bomba kemudian bertindak menabur habuk kayu di kawasan tumpahan minyak tersebut sehingga selesai.
“Khidmat khas di lokasi selesai sepenuhnya pada 1.33 petang,” katanya.
Oleh Earl Anek