
SARIKEI: Sebatang pokok tumbang di Jalan Nyelong di sini pagi tadi, menyebabkan laluan terhalang dan mengganggu aliran trafik.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.40 pagi.
“Susulan panggilan tersebut, sepasukan anggota bomba diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Kilok Lampas, segera dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, didapati sebatang pokok tumbang melintang di jalan dan menghalang lalu lintas,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, pasukan bomba menggunakan dua bilah parang untuk memotong dan mengalihkan dahan pokok tersebut.
“Operasi pemotongan dan pembersihan mengambil masa sekitar 20 minit sebelum selesai sepenuhnya pada 8.09 pagi,” katanya.
Oleh Earl Anek