Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba selamatkan wanita alami kekejangan di Taman Negara Lambir
  • Utara
  • WILAYAH

Bomba selamatkan wanita alami kekejangan di Taman Negara Lambir

Utusan Sarawak 12 hours ago

BANTU… Pasukan bomba memberikan bantuan membawa turun seorang wanita yang mengalami kekejangan otot ketika mendaki di Taman Negara Lambir, Miri, semalam. Foto JBPM Sarawak


MIRI:
Seorang wanita terpaksa diselamatkan oleh pasukan bomba selepas mengalami kekejangan otot ketika mendaki bukit di Taman Negara Lambir, di sini, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.49 petang.

Susulan itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentral Miri digerakkan ke lokasi yang terletak pada jarak 36 kilometer dari balai.

“Setibanya di tempat kejadian dan seterusnya mendapatkan maklumat perihal kejadian dari rakan-rakan mangsa, melaporkan mangsa seorang perempuan berusia 31 tahun telah mengalami kekejangan otot kaki dan  tidak dapat meneruskan perjalanan.

“Mereka masih berada di  lokasi kejadian di 3.5 km kawasan Pantu Waterfall  seperti mana yang dilaporkan.

“Anggota bomba kemudiannya bergerak ke tempat kejadian dengan membawa satu unit alat pengusung untuk mengangkat mangsa bersama dengan tiga orang pasukan Ranger Lambir,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, malam tadi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati mangsa mengalami kekejangan otot pada bahagian kaki. Bagaimanapun, mangsa masih mampu bergerak dengan bantuan anggota bomba, sebelum berjaya dibawa turun sehingga ke Pejabat Taman Negara Lambir.

“Mangsa seterusnya menerima rawatan dari pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya.

Operasi itu tamat pada 8.40 malam.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peranan ibu bapa dan guru penting dalam kecemerlangan murid – Mong Dagang
Next: Huang hulur bantuan kepada Sekolah Rendah dan Menengah Tong Hua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.