Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba selamatkan lapan mangsa banjir di Kidurong
  • Utara
  • WILAYAH

Bomba selamatkan lapan mangsa banjir di Kidurong

Utusan Sarawak 8 hours ago
ANGGOTA bomba menggunakan bot aluminium bagi mengeluarkan mangsa banjir yang terkandas di rumah setinggan Seberkas, Kidurong.

BINTULU: Seramai lapan mangsa termasuk warga emas dan kanak-kanak berjaya diselamatkan dalam operasi khidmat khas bantuan mengeluarkan mangsa banjir di kawasan rumah setinggan Seberkas, Kidurong, malam tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 10.32 malam.

PASUKAN bomba membawa keluar mangsa termasuk kanak-kanak dan warga emas ke tempat yang selamat.

“Sebaik tiba di lokasi kira-kira 15 kilometer dari balai, didapati mangsa banjir terkandas di dalam rumah akibat kenaikan paras air.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan kesemua mangsa menggunakan bot aluminium sebelum membawa mereka ke lokasi yang selamat,” katanya.

Mangsa terdiri daripada dua lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa, seorang warga emas lelaki, tiga kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

Difahamkan, semua mangsa akan menumpang sementara di rumah saudara-mara masing-masing sementara menunggu keadaan banjir surut.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Operasi Pematuhan trafik catat enam saman kesalahan potong garisan berkembar
Next: IPD Meradong laksana pemantauan keselamatan di sekolah dan rumah ibadat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.