Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba selamatkan kanak-kanak empat tahun terkunci di dalam kereta
  • Selatan
  • WILAYAH

Bomba selamatkan kanak-kanak empat tahun terkunci di dalam kereta

Utusan Sarawak 16 hours ago
ANGGOTA bomba menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang terperangkap dalam sebuah kereta dalam kejadian di Bandar Simanggang, pagi tadi. Foto: BBP Sri Aman

SIMANGGANG: Anggota bomba telah menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang terperangkap dalam kereta, dalam kejadian di hadapan Pak Long Cafe, di sini pagi tadi.

Penguasa Bomba Zon 3 Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman telah menerima panggilan kecemasan tersebut sekitar 10 pagi.

Justeru, seramai lapan anggota BBP Sri Aman yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan 1, Mohd Fadhli Buyong telah bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan mendapati seorang kanak-kanak terperangkap dalam kereta tersebut.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati benar seorang kanak-kanak berusia empat tahun terkunci di dalam sebuah kenderaan jenis Proton Saga berwarna merah,” katanya.

Muhammad Rais berkata PKO dengan pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap, terus membuat penilaian awal dan menjalankan operasi menggunakan peralatan khas untuk membuka melalui pintu belakang kenderaan tersebut.

“Anggota bomba mengambil masa selama tujuh minit untuk membuka pintu kereta tersebut.

“Setelah pintu berjaya dibuka, kanak-kanak tersebut didapati berada dalam keadaan selamat dan diserahkan kepada penjaga untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ‘Ngiling Tikai’ simbol penghormatan adat, budaya Sarawak
Next: Wilfred Yap presents Additional UNIFOR Grant to St Margaret Church to support construction efforts

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.