Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba selamatkan anak kucing terperangkap dalam bonet kereta
  • Utara
  • WILAYAH

Bomba selamatkan anak kucing terperangkap dalam bonet kereta

Utusan Sarawak 7 hours ago

TERPERANGKAP…Pasukan Bomba berusaha menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap dalam bonet kereta di Jalan Kampung Sealine, Lutong di Miri hari ini. Foto JBPM  Zon Miri.

MIRI: Seekor anak kucing berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam bonet kereta di Jalan Kampung Sealine, Lutong di sini, hari ini.
Anak kucing itu diselamatkan oleh sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu 11.02 pagi dan menggerakkan lima anggota BBP Lutong ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati ada anak kucing di dalam bonet kereta.
“Pihak bomba menyelamatkan kucing itu menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya,  anak kucing itu kemudian dilepaskan ke tempat yang selamat dan operasi itu tamat 11.31 pagi. Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek jalan akses, Dataran Kejat Rumah Waine Jaya siap sepenuhnya
Next: Modern Living Home Expo cipta rekod, tarik lebih 60,000 pengunjung di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.