Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba Sarikei periksa alat keselamatan kebakaran di enam premis
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba Sarikei periksa alat keselamatan kebakaran di enam premis

Utusan Sarawak 6 months ago

PEMERIKSAAN....Anggota bomba menjalankan pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran di premis-premis sekitar bandar Sarikei. Foto BBP Sarikei 

SARIKEI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarikei telah menjalankan pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran (MBK) di premis kawasan jagaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan di enam premis sekitar bandar Sarikei semalam.

“Dua anggota bomba bertugas menjalankan pemeriksaan di premis-premis tersebut. 

“Pemeriksaan dijalankan bermula dari jam 9.30 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, aktiviti pemeriksaan adalah bagi memastikan alat-alat keselamatan kebakaran di premis-premis tersebut berfungsi dengan baik. 

“Premis yang diperiksa termasuklah yang sering menjadi tumpuan orang ramai. 

“Pemeriksaan ini juga bertujuan agar mereka yang datang berkunjung akan berasa selamat apabila berada di dalam premis-premis tersebut,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: 42 peserta sertai program anjuran AADK, SKUAD Antidadah Sibu    
Next: Tanah gelongsor, penduduk dinasihat berhati-hati

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.