Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba Sarikei pantau tiga lokasi berisiko banjir
  • WILAYAH

Bomba Sarikei pantau tiga lokasi berisiko banjir

Utusan Sarawak 4 months ago

AIR SURUT.....Air sedang surut di tebingan Sungai Nyelong semasa rondaan pemantauan oleh pihak bomba. Foto BBP Sarikei 

SARIKEI: Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei telah menjalankan rondaan pemantauan di tiga kawasan rendah berisiko banjir malam tadi. 

Ketua BBP Sarikei, Arrahman Chik berkata, pemantauan dijalankan di tebingan Sungai Nyelong, Jalan Langsat dan Jalan Rambai. 

“Rondaan pemantauan monsun timur laut (MTL) ini bermula jam 8.30 malam.  Pemantauan dijalankan oleh dua orang anggota bomba. 

“Keadaan di setiap kawasan rondaan mendapati trend air surut,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, keadaan lalu lintas di setiap kawasan tersebut juga terkawal. 

“Selain itu, keadaan cuaca juga baik dan tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: 97 kanak-kanak diraikan pada Konvokesyen Tabika Perpaduan
Next: Sarawak miliki ‘DNA’ utamakan kepentingan rakyat – Kevin Lau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.