
SARIKEI: Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei telah menjalankan operasi khas memusnahkan sarang tebuan di sebuah kediaman di Kampung Selalang, malam tadi.
Ketua BBP Sarikei, Arrahman Chik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 8.44 malam.
“Tiga anggota bomba segera dikerahkan ke lokasi di Jalan Masjid Baru, Kampung Selalang, selepas menerima panggilan kecemasan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati sarang tebuan terbabit berada di sebatang pokok di luar rumah pengadu.
“Sarang dimusnahkan menggunakan peralatan khas dan gas LPG. Keseluruhan operasi mengambil masa lebih kurang 28 minit dan selesai sepenuhnya pada 9.50 malam,” jelasnya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak cuba memusnahkan sarang tebuan sendiri dan segera menghubungi pihak bomba sekiranya mengesan kehadiran sarang yang berisiko.
Oleh Earl Anek