
SARIKEI: Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei telah menjalankan khidmat khas memusnahkan sarang serangga berbisa di sini, semalam.
Ketua BBP Sarikei, Arrahman Chik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 6.39 petang.
“Tiga anggota bomba, diketuai PBK II Muhammad Sufian, segera bertindak selepas menerima panggilan kecemasan.
“Sampai di lokasi, didapati sarang serangga berbisa dianggarkan sebesar sebiji bola berada di tepi atap rumah setinggi 15 kaki,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, pasukan bomba memakai pakaian pelindung diri (PPE) dan bertindak menggunakan dua tangga sambungan serta racun serangga untuk memusnahkan sarang serangga berbisa.
“Sarang serangga berbisa berjaya dimusnahkan dalam tempoh lebih kurang 18 minit.
“Khidmat khas memusnahkan sarang serangga berbisa selesai sepenuhnya pada 7.15 malam,” katanya.
Oleh Earl Anek