
SARIKEI: Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei telah menjalankan khidmat khas memusnahkan tebuan, malam tadi.
Ketua BBP Sarikei, Arrahman Chik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 6.30 petang.
“Respons dengan panggilan kecemasan, tiga anggota bimba bergegas ke lokasi di Jalan Kiew Ming, Jakar.
“Sampai di lokasi, didapati sarang tebuan berada di kebun pengadu,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, anggota bomba menggunakan colok api dan semburan racun serangga untuk memusnahkan sarang tebuan.
“Sarang tebuan berjaya dimusnahkan dalam tempoh lebih kurang 30 minit.
“Khidmat khas memusnahkan sarang tebuan selesai sepenuhnya pada 7.20 malam,” katanya.
Oleh Earl Anek