Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba santuni penduduk rumah panjang, perkukuh kesedaran pencegahan kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba santuni penduduk rumah panjang, perkukuh kesedaran pencegahan kebakaran

Utusan Sarawak 5 hours ago
KETUA BBP Bintangor memberi penerangan mengenai fungsi dan cara penggunaan alat pemadam api yang betul. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Usaha meningkatkan tahap keselamatan kebakaran dalam kalangan komuniti luar bandar terus diperkasa apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Bintangor mengadakan program kesedaran awam dengan menyantuni penduduk rumah panjang, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata program yang bermula 10.00 pagi tersebut melibatkan diadakan di Rumah Jonathon Ugek, Sungai Janting dengan penyertaan enam orang penduduk rumah panjang bagi mengikuti sesi perkongsian ilmu berkaitan pencegahan dan keselamatan kebakaran di premis kediaman.

“Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran penduduk mengenai langkah-langkah pencegahan kebakaran serta kepentingan memahami penggunaan peralatan keselamatan kebakaran di kediaman masing-masing.

“Pendekatan turun padang seperti ini amat penting bagi memastikan masyarakat mempunyai pengetahuan asas untuk bertindak dengan betul sekiranya berlaku sebarang insiden kebakaran,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, beliau telah menyampaikan taklimat ringkas berkaitan langkah pencegahan kebakaran termasuk faktor risiko yang sering menjadi punca kebakaran di kediaman.

“Selain itu, penduduk turut diberi penerangan mengenai fungsi dan cara penggunaan alat pemadam api yang betul sebagai langkah awal mengawal kebakaran sebelum merebak dengan lebih serius.

“Pendedahan awal kepada masyarakat mengenai aspek keselamatan kebakaran mampu membantu mengurangkan risiko kerugian harta benda serta memastikan keselamatan nyawa terpelihara,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Toyota Land Cruiser disita dalam Ops Luxury di Sibu
Next: Wilfred Yap salur RM25,000 kepada dua PIBG di Kota Sentosa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.