Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba periksa 19 unit pili bomba
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba periksa 19 unit pili bomba

Utusan Sarawak 3 weeks ago

PERIKSA PILI BOMBA… Anggota bomba menjalankan pemeriksaan pili bomba, hari ini. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Sebanyak 19 unit pili bomba telah diperiksa oleh pihak bomba di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pemeriksaan dijalankan di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintangor, Taman Bahagia dan Taman Foh Fin.

“Pemeriksaan pili bomba berjadual yang dijalankan bertujuan memastikan setiap pili berada dalam keadaan baik serta mampu menyokong operasi pemadaman kebakaran sekiranya berlaku kecemasan.

“Ia juga bertujuan mengenal pasti sebarang kerosakan, kebocoran atau kekurangan tekanan air yang boleh menjejaskan keberkesanan operasi menyelamat,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pemeriksaan pili bomba tersebut dihalankan oleh dua anggota bomba bermula dari 8.30 pagi hingga 11.00 pagi.

“Selain mengesan kerosakan, ia juga membantu memastikan lokasi pili bomba sentiasa diketahui, mudah diakses dan tidak dihalang oleh sebarang struktur atau kenderaan.

“Oleh itu, kesedaran masyarakat juga penting dalam membantu memastikan kawasan sekitar pili bomba tidak dihalang agar memudahkan pihak bomba bertindak pantas apabila diperlukan.

“Saya juga berharap Teman Pili Bomba atau orang ramai supaya melaporkan segera kepada pihak kami sekiranya mengesan sebarang kerosakan atau kebocoran pada pili bomba berhampiran kawasan kediaman mereka,” katanya.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Masjid Nur Permai Sarikei terima RM1.4 juta naik taraf kemudahan
Next: Kempen Derma Darah Sedunia berjaya kumpul 18,350 mililiter darah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.