Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba pantau kawasan rendah berisiko banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba pantau kawasan rendah berisiko banjir

Utusan Sarawak 2 months ago

BINTANGOR: Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor telah menjalankan rondaan pemantauan paras air di kawasan rendah berisiko banjir dan rondaan musim perayaan, malam tadi.

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata pihaknya menjalankan rondaan bermula 10.00 malam hingga 10.30 malam.

“Rondaan pemantauan selama 30 minit tersebut dijalankan oleh dua anggota bomba.

“Pemantauan dijalankan di pekan Bintangor dan tebingan sungai Batang Rajang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, sepanjang rondaan, paras air dalam keadaan baik dan terkawal.

“Hujan sedang turun semasa pemantauan dan air sungai sedang pasang.

“Alhamdulillah, tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang pemantauan dijalankan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM11,000 untuk JKKK Uma Daro
Next: Bomba buat rondaan di Jalan Repok, Jalan Jakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.