Bomba pantau kawasan berisiko banjir

Facebook
WhatsApp
RONDAAN PEMANTAUAN… Anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan di tiga kawasan berisiko banjir. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Rondaan pemantauan di kawasan berisiko banjir telah dijalankan oleh pasukan bomba, petang semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, sebanyak tiga kawasan berisiko banjir telah dipantau oleh pihaknya. 

“Tiga kawasan banjir yang dipantau adalah Jalan Pedada, Jalan Rambai dan Jalan Pisang Emas. 

“Seramai dua anggota bomba bertugas menjalankan pemantauan bermula pada 6.11 petang,” katanya. 

Mahmudin berkata demikian ketika dihubungi, malam tadi. 

Tambahnya, paras air dalam keadaan terkawal semasa pemantauan dijalankan pihaknya. 

“Cuaca dalam keadaan baik dan air sedang surut semasa rondaan pemantauan dijalankan. 

“Tiada panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan,” katanya. 

Oleh Earl Anek