Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba pantau kawasan berisiko banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba pantau kawasan berisiko banjir

Utusan Sarawak 1 month ago
PEMANTAUAN… Pasukan bomba menjalankan rondaan pemantauan di Taman Bintang, malam tadi. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Meskipun hujan dan trend air pasang semasa pihak bomba menjalankan rondaan pemantauan malam tadi, kawasan rendah berisiko banjir di sekitar Bintangor kekal berada dalam keadaan terkawal, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin.

Katanya, rondaan pemantauan dijalankan sekitar Taman Bintang bermula 10.05 malam hingga 10.15 malam melibatkan lima anggota bomba.

“Keadaan kawasan rondaan adalah baik dan terkawal walaupun cuaca hujan serta berlaku trend pasang.

“Pasukan kami akan terus memantau dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk sentiasa terjamin,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, rondaan seperti ini adalah sebahagian daripada langkah proaktif dalam menghadapi kemungkinan peningkatan paras air, terutama pada musim cuaca tidak menentu.

“Sepanjang rondaan pemantauan tersebut, tiada kejadian tidak diingini dilaporkan dan pihak bomba akan terus bersiap siaga sekiranya terdapat sebarang perubahan pada situasi semasa,” katanya.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Status Miri akan ditingkatkan melalui pembangunan selaras potensi
Next: 23 projek RTP Parlimen Betong bakal dilaksana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.