
SARIKEI: Pasukan bomba telah memusnahkan sarang tebuan di bawah bumbung salah sebuah rumah di Jalan Pedada, Kampung Seberang Sarikei pada malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.05 malam.
“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, didapati sarang tebuan berada di bawah bumbung rumah pengadu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Tambahnya, anggota bomba memakai PPE lengkap dan bertindak memusnahkan sarang tebuan menggunakan racun serangga.
“Operasi memusnahkan sarang tebuan dijalankan dalam tempoh lebih kurang 19 minit.
“Khidmat khas di lokasi selesai sepenuhnya 8.30 malam,” katanya.
Oleh Earl Anek