Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba musnahkan sarang tebuan di bangunan kedai
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba musnahkan sarang tebuan di bangunan kedai

Utusan Sarawak 4 days ago
DIMUSNAHKAN…..Sarang tebuan dimusnahkan oleh anggota bomba. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Pasukan bomba telah bertindak pantas memusnahkan sebuah sarang tebuan yang terletak di celah tingkap bahagian atas sebuah bangunan kedai di sini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 9.27 malam, baru-baru ini. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Lau Heng Sing bergegas ke lokasi di Jalan Nyelong. 

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat sarang tebuan di celah tingkap atas bangunan kedai tersebut,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, anggota bomba memakai pakaian pelindung diri (PPE) sebelum memulakan operasi memusnahkan sarang tebuan. 

“Sarang tebuan berjaya dimusnah menggunakan semburan racun serangga. 

“Operasi memusnahkan sarang tebuan selesai sepenuhnya pada 9.50 malam,” ujarnya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 479 sertai pertandingan mewarna sempena Hari Kebangsaan di Bintangor
Next: Konvoi solidariti Lawas ke pusara arwah Zara Qairina di Sipitang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.