Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba Lutong kongsi ilmu keselamatan di SK Lutong
  • Utara
  • WILAYAH

Bomba Lutong kongsi ilmu keselamatan di SK Lutong

Utusan Sarawak 17 hours ago
KONGSI ILMU…Guru dan pelajar SK Lutong turut mengambil bahagian dalam simulasi pengungsian bangunan bagi memastikan kesiapsiagaan apabila berlaku kecemasan. Foto BBP Lutong.

MIRI: Usaha meningkatkan kesedaran keselamatan kebakaran dalam kalangan warga sekolah terus diperkasakan apabila Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong melaksanakan program pematuhan Sistem Tugasan Balai (STB) di Sekolah Kebangsaan (SK) Lutong, semalam.

Program yang berlangsung dari 9.00 hingga 11.00 pagi itu diketuai oleh Ketua BBP Lutong, Henry Jugah, bersama Pasukan Alpha yang diketuai PBK II (KUP) Edwin Siba.

Menurut Henry, program berkenaan memberi tumpuan kepada perkongsian ilmu keselamatan kebakaran termasuk tatacara pengungsian bangunan, demonstrasi penggunaan alat pemadam api serta pameran peralatan kebombaan.

SEKITAR rakaman simulasi pengungsian bangunan yang dijalankan di SK Lutong di Miri.Foto BBP Lutong.

“Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan kira-kira 90 guru, 1,200 pelajar dan lapan kakitangan akademik,” katanya di sini.

Pendedahan seperti ini penting supaya warga sekolah tahu langkah yang betul sekiranya berlaku kebakaran, sekali gus dapat menyelamatkan nyawa serta mengurangkan risiko kerosakan harta benda.

Henry turut merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program tersebut yang dilihat mampu menanam budaya keselamatan sejak di bangku sekolah.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Chee Kadir puji kesungguhan anak muda di Kelab Bola Sepak The Bankers Jabey
Next: Harden dapatkan status kemajuan terkini projek di DUN Simanggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.