Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Bomba Lutong berjaya kawal kebakaran lalang di Kuala Baram
  • KEBAKARAN

Bomba Lutong berjaya kawal kebakaran lalang di Kuala Baram

Utusan Sarawak 8 hours ago
PADAM…Pasukan bomba memadamkan api lalang dalam kejadian di Taman Buaya Kuala Baram di Miri, malam tadi.


MIRI:
Tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal kebakaran yang melibatkan kawasan belukar di Taman Buaya, Kuala Baram di sini, malam tadi, sekali gus menghalang api daripada merebak ke kawasan sekitar.

    
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu sekitar 10.11 malam.
    
Katanya, sepasukan anggota dari BBP Lutong digerakkan ke lokasi yang terletak pada jarak tujuh kilometer dari balai.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, mereka mengesahkan kebakaran lalang seluas lebih kurang 0.3 ekar sedang berlaku.


“PKO kemudian bertindak memadam kebakaran tersebut dengan menggunakan satu pancutan Sistem Bekalan Masyarakat (SBM) air daripada jentera sehingga api padam sepenuhnya,” katanya.

Operasi itu tamat pada 10.27 malam.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran akibat litar pintas di premis logistik berjaya dikawal
Next: Kebakaran musnahkan sebuah kereta di Batu 29, Jalan Kuching–Serian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.