Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba Lutong bantu mangsa cincin tersekat di Klinik Tudan
  • Utara
  • WILAYAH

Bomba Lutong bantu mangsa cincin tersekat di Klinik Tudan

Utusan Sarawak 2 days ago
CINCIN DI JARI…Operasi berjaya diselesaikan sepenuhnya pada 12.59 tengah hari, tiada kecederaan serius dilaporkan dalam kejadian tersebut dan operasi berjalan lancar tanpa melibatkan agensi lain.

MIRI: Tindakan pantas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong berjaya membantu seorang mangsa yang mengalami cincin tersekat pada jari dalam satu kejadian di Klinik Tudan, hari ini.

Menurut laporan, panggilan kecemasan diterima pada 12.24 tengah hari, sepasukan bomba yang diketuai oleh PBK II (KUP) Liew bersama pemandu PBK II Noralem tiba di lokasi sekitar 12.40 tengah hari.

Komander operasi memaklumkan bahawa setibanya di lokasi, didapati benar terdapat sebentuk cincin tersekat pada jari manis sebelah kiri mangsa.

Bertindak atas situasi tersebut, pasukan bomba menjalankan operasi pemotongan cincin menggunakan peralatan khas bagi mengelakkan kecederaan kepada mangsa.

Operasi berjaya diselesaikan sepenuhnya pada 12.59 tengah hari, tiada kecederaan serius dilaporkan dalam kejadian tersebut dan operasi berjalan lancar tanpa melibatkan agensi lain.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Jawatankuasa Amal Sri Aman santuni mangsa kebakaran, hulur bantuan dan sokongan moral
Next: Gerawat tinjau pos sempadan, tekankan penambahan pegawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.