Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba laksana pemantauan kawasan hotspot pembakaran terbuka
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba laksana pemantauan kawasan hotspot pembakaran terbuka

Utusan Sarawak 11 hours ago
PEMANTAUAN….Anggota bomba memantau keadaan di kawasan Kampung Malaysia Baru. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Pihak bomba telah melaksanakan rondaan pemantauan di kawasan dikenal pasti sebagai hotspot pembakaran terbuka, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, rondaan bermula pada 5.25 petang hingga 5.38 petang.

“Rondaan ini melibatkan seramai tiga anggota bomba yang ditugaskan memantau sekitar kawasan Kampung Malaysia Baru.

“Ia adalah sebahagian daripada tindakan proaktif pihak kami bagi mencegah berlakunya kejadian kebakaran yang boleh mengancam keselamatan awam dan alam sekitar.

“Kami sentiasa memantau kawasan yang berpotensi dijadikan tempat pembakaran terbuka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, langkah tersebut adalah bagi memastikan tiada aktiviti pembakaran terbuka yang boleh merebak menjadi kebakaran besar.

“Sepanjang rondaan dijalankan, pihak bomba mendapati keadaan di kawasan terbabit adalah baik dan terkawal.

“Tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka dikesan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wanita dapatkan bantuan bomba keluarkan cincin tersangkut
Next: Kumang Gawai Dayak Kapit 2025 milik Angelina Rani Gawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.