Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bomba Komuniti Rumah Libau jalani latihan
  • TEMPATAN

Bomba Komuniti Rumah Libau jalani latihan

Utusan Sarawak 4 years ago
TEORI… Anggota Bomba menerangkan cara dan teori kaedah menyelamatkan mangsa ketika berlaku sesuatu kejadian.

BATU NIAH : Jabatan Bomba dan Penyelamata Malaysia (JBPM) Batu Niah melaksanakan aktiviti latihan terhadap Bomba Komuniti di Rumah Libau Klumbu, Sekaloh Niah yang baharu ditubuhkan semalam.

Ketua Balai Bomba Batu Niah Francis Aceh ketika dihubungi berkata, penubuhannya adalah sebagai sebuah pasukan terawal bagi menangani keadaan jika berlaku sesuatu kejadian sementara menunggu bantuan daripada bomba tiba.

Katanya, penubuhan Bomba Komuniti dalam kawasan kampung dan rumah panjang dapat membantu mencegah dan menangani kebakaran dalam kalangan komuniti itu sendiri.

“Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program semalam ialah melatih 24 penduduk rumah panjang yang menyertai Bomba Komunitu melakukan kawad kebombaan.
“Turut diadakan beberapa taklimat keselamatan kebakaran, pengenalan peralatan kebombaan serta praktikal kawad operasi kebombaan,” jelasnya.

Selain itu, taklimat keselamatan kebakaran ketika memasak dan demo memadam kebakaran dapur dan teori kaedah menyelamat mangsa turut diadakan pada kesempatan yang sama.

Sementara itu, dua anggota Bomba Batu Niah yang turut terlibat ialah PBK II Mohamud Punya, PBB Ronald dan PBB Ansi.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: “Terima kasih Utusan Sarawak”
Next: Selesai salur bekalan air 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.