Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bomba kerah anggota tambahan ke Bintulu
  • TEMPATAN

Bomba kerah anggota tambahan ke Bintulu

Utusan Sarawak 4 months ago

Bersedia... Foto Bomba

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak telah mengerahkan anggota tambahan dari Zon Miri dan Sibu ke Bintulu bagi memperkukuhkan operasi penyelamatan mangsa banjir di kawasan yang terjejas.

Timbalan Pengarah JBPM Sarawak Tiong Ling Hii berkata penambahan pegawai dan anggota adalah bertujuan untuk memastikan kerja-kerja menyelamat dapat dilaksanakan dengan lebih efisien serta meliputi skop yang lebih luas.

“Pasukan bantuan ini telah tiba di Bintulu sejak semalam untuk membantu pasukan sedia ada dalam operasi banjir yang sedang dijalankan,” katanya dalam hantaran Facebook JBPM Sarawak, hari ini.

Tiong berkata dengan pengukuhan pasukan penyelamat, jumlah keseluruhan anggota yang bertugas di kawasan banjir di Bintulu kini berjumlah 72 orang.

“Selain kekuatan anggota, pelbagai aset logistik seperti bot kecil, jentera, lori dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) turut digerakkan bagi memastikan operasi penyelamatan berjalan lancar. Keseluruhannya, sebanyak 23 aset logistik telah dikerahkan untuk menyokong operasi ini,” katanya.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: PDRM guna helikopter hantar bekalan makanan ke lokasi terputus hubungan darat
Next: Pasukan penyelamat berdepan ancaman buaya ketika jalankan operasi banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.