
BINTANGOR: Dua anggota bomba telah menjalankan rondaan pemantauan di kawasan berisiko banjir malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, rondaan pemantauan dijalankan bermula 8.35.
“Kawasan rendah berisiko banjir yang dipantau adalah tebingan Sungai Rajang.
“Sepanjang rondaan dijalankan, kawasan rondaan berada dalam keadaan baik dan terkawal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, cuaca baik dan trend air sungai surut.
“Paras air sungai dalan keadaan terkawal dan air sedang surut.
“Rondaan pemantauan selesai sepenuhnya pada 9.00 malam.
“Tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan,” katanya.
Oleh Earl Anek