Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba jalankan khidmat khas musnah sarang serangga berbisa 
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba jalankan khidmat khas musnah sarang serangga berbisa 

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA bomba memusnahkan sarang serangga berbisa atas bumbung rumah, semalam. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Tindakan pantas pihak bomba berjaya memusnahkan sarang serangga berbisa di atas bumbung sebuah rumah di Lorong Pedada 5, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.16 malam.

“Respons dengan panggilan kecemasan, komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Bakar Ujang bersama lima anggota bomba bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati sarang serangga berbisa anggota bomba berada di bahagian atas bumbung rumah tersebut, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, anggota bomba menggunakan pakaian pelindung diri (PPE) sebelum memusnahkan sarang serangga berbisa.

“Sarang serangga berbisa berjaya dimusnahkan menggunakan semburan racun serangga.

“Khidmat khas memusnahkan sarang serangga berbisa tamat sepenuhnya lada 9.00 malam,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jalan utama terancam hakisan, ADUN Meradong tinjau keadaan di Sungai Stubah
Next: 23 barangan harga terkawal sempena Aidilfitri di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.