Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba jalankan khidmat khas hapus sarang tebuan
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba jalankan khidmat khas hapus sarang tebuan

Utusan Sarawak 5 months ago

BINTANGOR: Pasukan bomba telah memusnahkan sarang tebuan di Jalan Sing Hua, Sungai Bakong.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 6.09 petang, semalam. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, lima anggota bomba diketuai oleh Mijan Pamin bergegas ke lokasi. 

“Setibanya di lokasi, didapati sarang tebuan berada di ketinggian lima kaki atas pokok berhampiran rumah pengadu,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, anggota bomba memusnahkan sarang tebuan menggunakan obor api dan penyembur racun serangga. 

“Sarang tebuan berjaya dimusnahkan dalam tempoh lebih kurang setengah jam. 

“Khidmat khas memusnahkan sarang tebuan selesai sepenuhnya pada 7.08 malam,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 20 projek RTP dilaksana di DUN Batu Danau tahun depan
Next: Sesi taklimat BBP Lawas dihadiri 35 anggota

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.