Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba hantar 56 pek bantuan makanan kepada mangsa banjir di Nanga Buan
  • Utara
  • WILAYAH

Bomba hantar 56 pek bantuan makanan kepada mangsa banjir di Nanga Buan

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANGGOTA BBP Tatau menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir di Rumah Rose Jalong, Nanga Buan.

BINTULU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerusi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau melaksanakan penghantaran barangan bantuan makanan kepada mangsa banjir yang terputus hubungan jalan di Rumah Rose Jalong, Nanga Buan hari ini.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, operasi penghantaran bantuan itu dilaksanakan pada 10.27 pagi sebagai sebahagian daripada misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) bagi membantu penduduk yang terjejas akibat banjir.

Dalam operasi tersebut, anggota bomba menghantar sebanyak 56 pek bantuan makanan dengan anggaran berat 280 kilogram serta 56 pek beras seberat 560 kilogram yang dibekalkan dari sebuah pasar raya di Tatau.

Bantuan berkenaan dibawa menggunakan lori bomba ke Jeti Pasar Lama Tatau sebelum diagihkan dan dimasukkan ke dalam bot-bot penduduk kampung untuk dibawa ke kawasan terjejas.

Pihak JBPM Sarawak akan terus komited melaksanakan khidmat kemanusiaan dan bantuan bencana bagi memastikan kebajikan mangsa banjir sentiasa terpelihara.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Thristellatea redah banjir demi sesi pendaftaran
Next: 60 pek bantuan makanan dihantar ke Kampung Melayu Sebauh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.