Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba guna perahu milik penduduk pindahkan sebuah keluarga ke rumah saudara berdekatan
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba guna perahu milik penduduk pindahkan sebuah keluarga ke rumah saudara berdekatan

Utusan Sarawak 2 months ago
ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemindahan sebuah keluarga selepas kediaman mereka dinaiki banjir. Foto PGO JBPM Sarawak

KAPIT: Sebuah keluarga di Rumah Ekau, Sungai Senawang, Jalan Sibu-Kapit terpaksa dipindahkan anggota bomba selepas kediaman mereka dinaiki air dalam kejadian awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 6.15 pagi.

“Sebaik tiba, anggota mendapati air naik setinggi empat kaki di halaman rumah dan hampir mencecah lantai rumah pada paras setengah kaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi pemindahan dilakukan dengan anggota yang lengkap memakai jaket keselamatan selepas mendapati laluan ke rumah mangsa turut ditenggelami air.

“Anggota bomba terpaksa menggunakan perahu milik penduduk setempat untuk sampai ke rumah mangsa sebelum membawa mereka keluar dengan selamat,” katanya.

Empat penghuni rumah berkenaan, terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita dewasa, bagaimanapun, memilih untuk berpindah ke rumah saudara berdekatan, dan enggan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Tiada pemindahan dilakukan ke PPS, namun pasukan bomba terus memantau keadaan bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan terbabit.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 95 peratus kemalangan disebabkan kelalaian, kecuaian pemandu
Next: 16 penghuni Rumah Daniel dipindahkan susulan banjir setinggi empat kaki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.