Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba dekatkan perkhidmatan keselamatan bersama komuniti Tudan
  • Utara
  • WILAYAH

Bomba dekatkan perkhidmatan keselamatan bersama komuniti Tudan

Utusan Sarawak 15 hours ago
BEGINI CARANYA…Salah seorang penduduk belajar memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api pada Program Bomba Bersama Pemimpin dan Komuniti Tudan yang berlangsung di Masjid Darul Iman, Tudan Fasa 2A, di Miri, hari ini.

MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 melalui Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong terus memperkukuh hubungan bersama komuniti setempat menerusi penganjuran Program Bomba Bersama Pemimpin dan Komuniti Tudan yang berlangsung di Masjid Darul Iman, Tudan Fasa 2A, di sini hari ini.

Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tudan Fasa 2A itu disertai sekitar 100 penduduk setempat dan bertujuan meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan kebakaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong,Henry  Jugah berkata, pendedahan awal berkaitan pencegahan kebakaran serta penggunaan alat pemadam api amat penting bagi memastikan komuniti mampu bertindak pantas sekiranya berlaku kecemasan.

“Melalui ceramah dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api (APA) yang disampaikan, kami berharap penduduk setempat dapat memahami kaedah pengendalian peralatan keselamatan ini dengan betul dan selamat,” katanya pada program tersebut.

Menurut Henry, program tersebut turut menyaksikan penyerahan dua unit alat pemadam api kepada JKKK Masjid Darul Iman Tudan Fasa 2A sebagai langkah memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan kebakaran di kawasan berkenaan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Temenggong Abang Mohamed Abang Othman yang mewakili Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin.

Program berkenaan juga diselitkan dengan acara perasmian penambahan ruang solat masjid sebagai simbol kerjasama erat antara agensi keselamatan dan komuniti setempat dalam usaha memupuk kesejahteraan masyarakat.

Turut hadir, Penghulu Nasir Rahim, Ketua Kaum Mohammad Suhaimi Obeng serta barisan anggota JBPM BBP Lutong daripada Pasukan Alpha.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Program Ziarah Kasih PERKIM sempena Krismas 2025 di Hospital Lawas
Next: MyLesen: 2,900 peserta manfaat Program Bantuan Lesen Memandu di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.