Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Bomba buat laporan polis empat kes tipu guna nama agensi itu
  • JENAYAH

Bomba buat laporan polis empat kes tipu guna nama agensi itu

Utusan Sarawak 7 months ago

Pemangku Pengarah JBPM Sarawak Tiong Ling Hii

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak menerima sebanyak empat aduan penipuan menggunakan nama jabatan ini pada Oktober 2024. 

Pemangku Pengarah JBPM Sarawak Tiong Ling Hii berkata pihak tidak bertanggungjawab tersebut dikesan membuat penawaran pemberian tender pembekalan dengan menggunakan nama Ketua Pengarah JBPM dan Pengarah Bomba Negeri. 

“Taktik yang digunakan ‘scammer’ ini adalah dengan menghubungi terus pembekal dengan menunjukkan surat setuju terima palsu kepada mangsa dan cuba memperdayakan mangsa. 

“Setakat ini kita belum menerima aduan kerugian daripada mangsa kerana semua mangsa telah bertindak dengan menghubungi JBPM lebih awal untuk mengesahkan perkara tersebut,” katanya hari ini.

Ling Hii berkata antara tawaran itu adalah sebut harga pembekalan palsu yang dilakukan oleh ‘scammer’ bagi memperdayakan mangsa iaitu membekal dan menghantar peralatan alat ganti serta aksesori kenderaan ke Balai bomba dan penyelamat (BBP) Simunjan yang ditawarkan secara berlainan kepada dua syarikat berlainan di sekitar Kuching.

Selain itu, membekal dan menghantar peralatan alat ganti dan aksesori kenderaan ke BBP Saratok yang ditawarkan kepada satu syarikat di Sibu, dan membekal serta menghantar tayar untuk kenderaan ke BBP Subis yang ditawarkan kepada satu syarikat di Miri.

“JBPM Negeri Sarawak memandang serius kes tersebut yang menggunakan nama JBPM untuk memperdayakan mangsa dan kita telah bertindak membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya ke atas perkara tersebut. 

“JBPM Negeri Sarawak mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sebarang tawaran pemberian kontrak pembekalan khususnya bagi kontrak sebut harga dan secara perolehan terus menggunakan nama JBPM,” ujarnya.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Golongan pendidik sasaran ‘phone scam’, terbaru pesara guru rugi RM1.7 juta
Next: Lima lelaki bertopeng rompak kedai runcit di Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.