Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba Bintangor tingkatkan daya tahan anggota menerusi latihan ekstrem
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba Bintangor tingkatkan daya tahan anggota menerusi latihan ekstrem

Utusan Sarawak 5 hours ago

LATIHAN…..Anggota bomba menjalankan latihan Latihan Pemantapan Kecergasan Fizikal – Cabaran Halangan Ekstrem di padang kawad BBP Bintangor. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Tahap kecergasan fizikal anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor terus diperkukuh menerusi Latihan Pemantapan Kecergasan Fizikal – Cabaran Halangan Ekstrem yang dilaksanakan di padang kawad BBP Bintangor.

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata latihan tersebut merupakan antara inisiatif berterusan bagi memastikan anggota bomba sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan fizikal dan mental yang tinggi dalam menghadapi situasi kecemasan.

“Latihan seperti ini penting untuk meningkatkan daya tahan, kekuatan fizikal serta kecekapan anggota ketika menjalankan operasi menyelamat, khususnya dalam situasi mencabar dan berisiko tinggi.

“Ia bermula pada 10.30 pagi semalam dan melibatkan penyertaan pasukan Alpha BBP Bintangor,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

LATIHAN…..Anggota bomba menjalankan latihan Latihan Pemantapan Kecergasan Fizikal – Cabaran Halangan Ekstrem di padang kawad BBP Bintangor. Foto BBP Bintangor

Katanya, antara pengisian latihan yang dilaksanakan termasuk sesi pemanasan badan, diikuti latihan membawa alat pemadam api sejauh 50 meter secara ulang-alik, membawa buih pemadam kebakaran sejauh 100 meter, serta membawa tong gas sejauh 100 meter.

“Anggota bomba turut menjalani latihan melalui halangan sejauh 50 meter sebelum latihan menarik ‘mangsa’ sejauh 70 meter yang mensimulasikan keadaan sebenar operasi menyelamat.

“Latihan berintensiti tinggi seperti ini bukan sahaja menguji kekuatan fizikal, malah menekankan aspek disiplin, kerjasama berpasukan dan pengurusan tenaga semasa bertugas,” katanya.

Tambahnya, keseluruhan latihan berjalan dengan lancar dan selamat, tanpa sebarang insiden yang tidak diingini dilaporkan sepanjang aktiviti dijalankan.

“Pendekatan latihan secara berterusan ini akan diteruskan bagi memastikan setiap anggota bomba sentiasa bersedia, cergas dan cekap dalam melaksanakan tanggungjawab demi keselamatan masyarakat,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Sarikei pantau tebingan Sungai Nyelong, paras air kekal terkawal
Next: Eksklusif: Usaha pemulihan susulan insiden minyak bercampur di Petronas Samarahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.