Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba Bintangor terus pantau kawasan berisiko banjir semasa monsun timur laut
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba Bintangor terus pantau kawasan berisiko banjir semasa monsun timur laut

Utusan Sarawak 2 days ago
PEMANTAUAN PARAS AIR….Anggota bomba menjalankan pemantauan paras air di kawasan Jalan Wharf pagi tadi. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Rondaan pemantauan monsun timur laut (MTL) dilaksanakan sebagai langkah kesiapsiagaan bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan rendah berisiko banjir sentiasa berada dalam keadaan terkawal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata rondaan pemantauan dilakukan di kawasan Jalan Wharf bermula 8.00 pagi tadi.

“Rondaan ini bertujuan memantau paras air serta keadaan persekitaran di kawasan yang dikenal pasti berisiko banjir bagi memastikan sebarang perubahan dapat dikesan lebih awal.

“Hasil pemantauan mendapati paras air di kawasan Jalan Wharf berada pada tahap normal dan tidak menunjukkan sebarang peningkatan yang membimbangkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, keadaan cuaca semasa rondaan dijalankan juga adalah baik dan stabil, sekali gus membantu melancarkan pelaksanaan pemantauan di kawasan tersebut.

“Pihak kami tiada menerima sebarang panggilan kecemasan sepanjang rondaan pemantauan dijalankan.

“Walaupun keadaan adalah baik, pemantauan tetap diteruskan secara berkala sebagai langkah pencegahan dan persediaan awal sekiranya berlaku perubahan cuaca secara mendadak,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: PPS SMK Bekenu kekal aktif terima mangsa banjir
Next: Projek naik taraf Taman Rekreasi Bintangor dijangka siap dalam 10 bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.